Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 14, 2017

[BENTONG] TIDAK ADA NEGARA LAIN YANG LEBIH BAIK DARI MALAYSIA




Rakyat Malaysia secara keseluruhannya diseru agar bersama - sama menjaga keamanan dan keharmonian Negara demi untuk masa depan anak - anak dimasa akan datang.

Berucap sewaktu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kebangsaan baru - baru ini, YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob mengingatkan bahawa tidak ada Negara lain yang lebih baik jika dibandingkan dengan Malaysia.

Beliau berharap, agar semua rakyat berbilang bangsa, sama ada di Pahang mahupun di Malaysia memikirkan satu perkara sahaja iaitu keutamaan menjaga keamanan Negara.

"Kita tidak ada lagi lain Negara (atau) lain Negeri untuk kita pergi. Inilah dia bumi untuk kita hidup (dan) untuk kita mati, iaitu Pahang dan Malaysia.

"Walaupun orang katakan, Negeri kita tidak baik , Negeri kita tak berapa cantik, tetapi tak baik Negeri kita masih lagi baik jika dibandingkan dengan Negara - Negara lain," tegas beliau dalam ucapan aluan sempena Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Kebangsaan di Dataran Bentong semalam.

Beliau juga turut berharap agar semua bangsa, semua kaum di Malaysia ini memikirkan, inilah tempat yang akan diwariskan kepada anak cucu kita nanti.

Dikirakan hampir sepuluh (10) ribu orang yang terdiri daripada kaum Cina, kaum Melayu, kaum India dan orang Asli hadir untuk sama-sama berkumpul dan mengeratkan persahabatan serta perpaduan diantara satu dengan yang lain.

Disamping itu juga, YAB Menteri Besar Pahang juga turut menyatakan bahawa tidak ada orang lain yang lebih baik untuk menjaga keamanan dan perpaduan Negara melainkan Kerajaan Barisan Nasional.

"Kalau (kita) mahukan keamanan, ketenteraman, kemakmuran, pembangunan Negara, pembangunan ekonomi, dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, maka undilah Barisan.

Jika mahukan kekacauan, pertelagahan, persengketaan, maka undilah parti yang selain daripada Barisan Nasional," kata beliau lagi.

0 comments:

share2