Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 14, 2017

[KUANTAN] MB PAHANG: SUBSIDI AIR 60 PERATUS SETIAP BULAN




Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) berhutang 9 juta ringgit setiap bulan berikutan subsidi yang diberikan oleh Kerajaan Pahang kepada pengguna air di Pahang.

“Seringgit kita bayar air, sebenarnya kerajaan bayar 60 sen subsidi. Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) mengutip tariff air 13 juta ringgit  setiap bulan sementara kos menyalurkan air bernilai 22 juta ringgit setiap bulan” kata Menteri Besar Pahang.

Menurut beliau tarif air tidak dinaikkan sejak zaman Dato’ Abdul Rahim Bakar menjadi Menteri Besar Pahang.

Keseluruhan paip air di Pahang jika sambung berukuran 15,087 km .   3,832 km masih menggunakan paip asbestos simen (AC) yang berusia lebih 30 tahun dan cenderung untuk pecah.

Paip AC ini hanya boleh diganti secara berperingkat kerana berbelanjaan kos yang tinggi. Di Raub sahaja terdapat 200 kilometer lagi paip jenis AC menyebabkan kerap berlaku ganggguan air di sana. 





0 comments:

share2