Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 11, 2017

LIPUTAN WI-FI PERCUMA DI EVEREST BULAN DEPAN


Liputan Wi-fi Percuma Di Everest Bulan Depan


Kathmandu – Kawasan Gunung Everest dan Annapurna bakal dilengkapi perkhidmatan wi-fi percuma bermula bulan hadapan bagi menyediakan perhubungan lebih baik kepada pendaki di puncak paling tinggi di dunia itu.

Pengerusi Lembaga Te­lekomunikasi Nepal (NTA), Digambar Jha berkata, pihaknya merancang untuk menyediakan liputan zon wi-fi percuma di sepanjang Kem Pusat Lukla-Everest dan kawasan sekitar Annapurna.

Kemudahan tersebut akan menjadi perkhidmatan wi-fi paling tinggi di dunia apabila mula beroperasi di kem pusat Eve­rest yang terletak pada ke­tinggian 5,360 meter dari paras laut.

Liputan gelombang jalur lebar sebenarnya masih lagi boleh didapati walaupun di altitud yang lebih tinggi seperti di puncak Everest yang berada pada kedudukan 8,848 meter.


Selepas membangunkan wi-fi di rantau Everest dan Annapurna, NTA merancang untuk memperluaskan pula perkhidmatan jalur lebar awam itu ke kawasan-kawasan Himalaya lain, kata Jha.


PENGERUSI LEMBAGA TE­LEKOMUNIKASI NEPAL (NTA), DIGAMBAR JHA



“Ini akan memudahkan komunikasi kepada pendaki selain dapat membantu usaha pihak penyelamat kecemasan sekiranya berlaku bencana alam di kawasan tersebut,” katanya.

Setakat ini, pendaki lazimnya terpaksa menggunakan telefon satelit yang mahal dari segi kos untuk berkomunikasi semasa mereka ketika mendaki atau menuruni puncak Gunung Everest.

“Buat masa ini, gelombang wi-fi mungkin sudah boleh didapati berhampiran dengan puncak Everest jika pun bukan betul-betul tepat di atas puncak,” kata salah seorang pegawai NTA.

Perkhidmatan wi-fi dijangka beroperasi dengan berdasarkan ‘Model Okumura’ yang menggunakan kabel gentian optik pada kos rendah untuk internet berkelajuan tinggi, kata Jha lagi.

Beliau seterusnya menambah gentian optik khas tahan kepada cuaca ekstrem dan kalis runtuhan salji ais tebal akan digunakan untuk perkhidmatan tersebut.


0 comments:

share2