Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 23, 2017

KURA-KURA GERGASI TERPERANGKAP DALAM LONGKANG


Kura-kura gergasi terperangkap dalam longkang


Batu Gajah - Seekor kura-kura gergasi seberat 80 kilogram berjaya diselamatkan selepas didapati terperangkap dalam longkang di Kampung Sungai Terap di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, reptilia berkenaan dijumpai penduduk kampung yang kemudiannya segera mendapatkan bantuan bomba.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Isa Zainal berkata, tenaga lapan anggota digunakan bagi mengangkat kura-kura berkenaan dari longkang.

“Haiwan ini diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.

Operasi tamat kira-kira jam 10.38 pagi.


0 comments:

share2