Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 19, 2017

JPJ BERKUASA DI SEMUA JALAN YANG DIGAZET JKR


JPJ berkuasa di semua jalan yang digazet JKR


Pokok Sena - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kuasa untuk mengawasi semua jalan raya setelah ia digazet oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, secara tidak langsung , JPJ berhak mengambil tindakan kepada pengguna yang melanggar undang-undang termasuk pemandu jentera seperti traktor, mesin padi dan lain-lain.

“Ini merupakan suatu langkah keselamatan agar sekiranya berlaku kemalangan, ia tidak akan merumitkan urusan pemandu di kemudian hari,” katanya, ketika merasmikan Program JOM JPJ Bersamamu di Sekolah kebangsaan Tualang, semalam.

Program turut mendapat kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Jabatan Pertanian dan Pejabat Kesihatan Alor Setar selain diserikan dengan kehadiran Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff dan Pengurus Wilayah AIM Kedah Utara, Nor Hayati Hussain.

Katanya, JPJ turut menyeru penduduk kampung agar memiliki lesen memandu dan juga memperbaharui cukai jalan masing-masing.

“Walaupun di jalan kampung, lesen memandu masih diperlukan terutamanya apabila berlaku kemalangan dan membuat laporan polis.

“Untuk menarik orang ramai mendekati JPJ, kita merancang pelbagai program antaranya JOM JPJ dan juga Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ),” katanya.

Wan Ahmad Uzir berkata, semalam turut dibuka kaunter pendaftaran kepada pengunjung yang berminat untuk mendaftar program SKSJ.

“SKSJ terbuka kepada pemohon yang berumur 45 tahun ke atas yang belum mempunyai apa-apa lesen memandu dan nama tidak disenaraihitamkan.

“Dalam program semalam kira-kira 200 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mendaftar untuk menyertai program SKSJ dan ia merupakan sambutan yang sangat menggalakkan," katanya.

Terdahulu, Wan Ahmad Uzir merasmikan Program JOM JPJ Bersamamu dengan kerjasama beberapa jabatan antaranya, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Jabatan Pertanian dan Pejabat Kesihatan Alor Setar.

Turut hadir, Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff dan Pengurus Wilayah AIM Kedah Utara, Nor Hayati Hussain.


0 comments:

share2