Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 19, 2017

[JERANTUT] KEM ANAK SOLEH BENTUK JATI DIRI, SAHSIAH


Kem Anak Soleh bentuk jati diri, sahsiah


Seramai 120 pelajar dari 20 Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Fardhu Ain dan Kifayah (SAR/Kafa) seluruh daerah ini terlibat dalam program Kem Anak Soleh yang diadakan di Lata Lang, Ulu Cheka, bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini. 

Program anjuran SAR/Kafa Jerantut siri kedua itu ditaja oleh Pejabat Agama Islam Daerah dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang (Muip) dengan kerjasama Seranta Felda dan Biro Tatanegara (BTN) Jerantut. 

Program disertai 25 guru SAR/Kafa daerah ini itu turut mendapat kerjasama 16 pelajar daripada Kelab Permuafakatan Siswa Felda Kebangsa (Persada), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM). 

Pengerusinya, Suhaimi Mohamad berkata, program tersebut diadakan setiap tahun bermula 2011. 

Katanya, Kem Anak Soleh dianjurkan bagi membentuk jati diri dan sahsiah pelajar, sekali gus menjadi anak soleh dan solehah serta berguna pada masa akan datang. 

“Ia juga dianjurkan bagi membentuk jalinan ukhuwah antara sekolah-sekolah SAR/Kafa yang ada di daerah ini,” katanya.


0 comments:

share2