Kecoh di media sosial apabila satu perbualan antara seorang ustaz dengan jin menjadi tular baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Facebook Viral Media Johor, beberapa keping gambar perbualan di antara individu menggunakan nama Ustaz dengan jin dimuat naik.
Dalam perbualan tersebut, jin tersebut mendakwa menyukai seorang wanita yang sudah berkahwin dan sering mendampingi wanita berkenaan bagi tujuan menjaganya.
Jin tersebut mengakui tidak suka dengan suami wanita tersebut yang sering menyakitinya.
“Tapi suami dia asik kacau saja. Sakit-sakit saya tapi saya kuat, nanti saya keluar la,” tulisnya.
Bagaimanapun, Ustaz itu menasihatkan jin untuk tidak mendekati wanita berkenaan dan mencari isteri dari kalangan jin.
Namun, jin itu tetap berdegil mahukan wanita yang ditumpanginya itu.
Perkongsian ini mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-ratanya menganggap mesej ini adalah gurauan semata-mata dan mengarut.
“Jin pun pandai typo,” tulis Mohd Alif Mohd Zulkiflee.
Namun ada juga yang mempercayai perbualan tersebut adalah benar-benar berlaku.
“Saya percaya sebab pernah dengar ustaz cerita,” tulis Nur Azizah Jusoh.
Di zaman moden yang mana orang ramai menggunakan media sosial sebagai medium penghubung kini, jin pun tidak terkecuali menggunakannya.
Siap boleh sembang-sembang kosong lagi dengan ustaz ini. Terpulang kepada pembaca sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment