Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 25, 2017

SPRM TAHAN 5 LAGI INDIVIDU TERMASUK SEORANG 'DATUK'


SPRM tahan 5 lagi individu termasuk seorang 'Datuk'


Shah Alam - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah menahan lima individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ daripada sebuah syarikat GLC kerana dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan sendiri.

Menurut sumber, kesemua suspek tersebut disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Pentenakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira USD 10 juta (RM47.6 juta) sejak tahun 2014.

Difahamkan, pada Januari 2013 satu mesyuarat telah diadakan berhubung projek tersebut bagaimanapun Lembaga Pengarah telah meminta suspek yang berusia 53 tahun untuk menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek tersebut untuk dibentangkan kepada lembaga pengarah.

Walau bagaimanapun, suspek tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan telah menubuhkan sebuah syarikat pada Januari 2014 dan telah mendatanggani satu perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan Ikan Stugeon di Korea bernilai RMUSD45 juta(RM 146.25 juta).

Siasatan awal SPRM mendapati, projek tersebut bagaimanapun tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar, Pahang. Pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea tersebut seminggu selepas syarikat itu ditubuhkan.

Menurut sumber itu lagi, disebabkan unit kewangan juga bawah pengurusannya, suspek setakat ini telah meluluskan kira-kira USD 10 Juta (RM47.6 juta) daripada dana GLC berkenaan untuk membuat pembayaran kepada syarikat Korea tersebut melalui syarikat berkenaan tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah sebelum menandatanggani perjanjian tersebut.

Perjanjian kontrak bagi pelaksanaan projek Ikan Sturgeon yang ditandatanggani itu adalah meliputi pelaksanaan Technology Transfer Service Agreement (TTSA) dan Design and Build Construction Agreement (DBCA).

Perjanjian ini dipercayai telah ditandatanggani oleh suspek bergelar Datuk dan suspek berusia 53 tahun yang juga merupakan Pengarah syarikat terbabit.

Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara jam 11.30am dan 1.30pm menerusi Op Caviar yang dilancarkan oleh SPRM.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya juga telah merampas dokumen-dokumen berhubung projek tersebut yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM.

Kesemua suspek dijangka akan dibawa ke mahkamah majistret Putrajaya untuk permohonan reman.


0 comments:

share2