Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 24, 2017

[KUANTAN] JBPM PAHANG PANTAU SITUASI 24 JAM


JBPM Pahang pantau situasi 24jam


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang membuat pemantauan 24 jam ekoran kenaikan paras air sungai utama di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Morni Mamat berkata, pada masa ini, pihaknya mengemas kini keadaan semasa setiap satu jam melibatkan lokasi berisiko banjir.

Menurutnya, antara kawasan terlibat seperti di Sungai Lembing, Ulu Tembeling, Jerantut, Rompin, Temerloh dan Sungai Lik di Lipis.

"Buat masa ini paras air menunjukkan fenomena air naik dan belum di tahap bahaya.

"Bagaimana pun, kita perlu bersedia dan berjaga-jaga di setiap kawasan," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat ke 10 di Pusat Membeli Belah Megamall, hari ini.

Hadir sama Pengurus Megamall, John Lau.

Morni berkata, mangsa banjir di nasihatkan berpindah segera apabila kawasan mula dinaiki air.

Katanya, semua anggota sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dari segi logistik seperti bot penyelamat.

"Kita juga akan membekukan semua cuti anggota sekiranya keadaan hujan lebat dan kenaikan paras air berterusan.

"Sekiranya berlaku banjir besar, kita akan mendapatkan bantuan logistik daripada negeri lain," katanya.

Hujan berterusan di kebanyakan daerah di Pahang sejak pagi tadi menyebabkan paras air di beberapa batang sungai utama di negeri ini semakin naik.

Di Kuantan, bacaan paras air Sungai Belat di kawasan Sri Damai, Kuantan ketika ini pula ialah 4.16 meter melebihi paras amaran 4 meter.


0 comments:

share2