Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 25, 2017

[ROMPIN] TIGA PUSAT PEMINDAHAN DIBUKA


Tiga pusat pemindahan dibuka di Rompin


Tiga pusat pemindahan sementara telah dibuka di daerah Rompin melibatkan 79 mangsa daripada 19 keluarga.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bencana Daerah Rompin, Mohd Zulkifli Hashim, berkata, sebanyak empat kampung terlibat iaitu Kampung Mikang, Leban Chondong, Bangkung dan Rekoh.

Menurutnya, kesemua mangsa kini dipindahkan masing-masing di Balai Raya Kampung Mikang, Dewan Orang Ramai Leban Chondong dan Balai Raya Kampung Rekoh.

"Jumlah mangsa yang dicatatkan ini adalah setakat jam 10 malam tadi manakala Puaat Gerakan Operasi Bencana (PKOB) telah dibuka jam 6.15 petang semalam," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut menasihati agar penduduk terlibat mengikut arahan anggota keselamatan sekiranya diarahkan berpindah demi keselamatan mereka.

Beliau berkata, beberapa sungai di daerah itu menunjukkan trend menaik manakala sungai Pukin telah melepasi paras bahaya.


0 comments:

share2