Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 18, 2017

[RAUB] LAWATAN KERJA MB CAKNA MASYARAKAT RAUB




Semalam (19.1.2017) YAB. Menteri Besar Pahang mengadakan lawatan kerja sehari ke daerah Raub dalam mendekati dan mendengar keluh kesah hati rakyat setempat.

Empat siri program santai bersama masyarakat setempat telah diatur oleh Ketua UMNO Bahagian Raub Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin sejak pagi hingga malam.

Bermula dengan Program Ramah Mesra Dan Isu-Isu Semasa Bersama YAB. Menteri Besar Pahang Di daerah Raub bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang di Dewan UITM Raub.

Diikuti dengan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Parlimen Raub Oleh YAB. Menteri Besar Pahang pada jam 3.00 petang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Raub.

Selepas itu beliau melawat kampong Lepar Durian Sebatang dalam acara Program Ziarah dan Bersantai Bersama YAB. Menteri Besar Pahang Dengan Peserta PPRT Lepar Durian Sebatang, Dong Raub.

Sebelam malamnya pula bermula jam 8.30 malam YAB. Menteri Besar menghadiri Program Bersantai Bersama YAB. Menteri Besar Pahang Dengan Masyarakat Raub pelbagai kaum di perkarangan Rest House Raub.

Dalam kesempatan itu ramai kalangan masyarakat setempat mengambil peluang untuk hadir da beramah mesra dengan pemimpin utama negeri sambil meluahkan hasrat hati dan mengadu permasalahan yang mereka hadapi.

Antara permasalahan yang dibawa kepengetahuan YAB. Menteri Besar adalah masalah masalah umum termasuklah mengenai masalah perumahan bagi generasi muda, masalah prasarana di perkampongan, masalah talian telefon dan internet serta masalah kesusahan yang dihadapi golongan termiskin.

Berbagai penyelasaian telah, sedang dan akan diambil oleh pihak tertentu dengan bantuan YAB. Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang dalam mengataasi masalah yang dibawa kepengetahuan YAB. Menteri Besar dalam pertemuan-pertemuan berkenaan.




0 comments:

share2