Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 19, 2017

KUANTAN: MAJLIS PENGISYTIHARAN TAHUN MELAWAT PAHANG 2017



Kerajaan Negeri Pahang melalui agensinya Pelancongan Pahang  dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Pejabat Kementerian dan Pelancongan Malaysia Pahang, Tourism Malaysia Pahang, Lembaga Pembangunan Tioman, Majlis Perbandaran Kuantan, Kraftangan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang akan mengadakan Majlis Pengistiharan Tahun Melawat Pahang 2017 pada 20 Januari 2017 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan.  Majlis Pengisyhtiharan akan disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah pada jam 8.00 malam.”

EXCO Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang , Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata kempen promosi Tahun Malawat Pahang 2017 telah bermula pada 21 April 2016 dan ianya berterusan sehingga penghujung Disember 2016.  Namun kerancakan sambutan Tahun Melawat Pahang 2017 diteruskan lagi dengan majlis pengisytiharan ini yang dijangka akan menarik kehadiran lebih 5 ribu pengunjung.

“Pelbagai acara menarik telah dirangka untuk pengunjung bermula jam 10.00 pagi. Antaranya pameran dan jualan agensi kerajaan serta jualan pakej dari agensi pelancongan , hotel, pengusaha produk dan homestay. Jualan produk makanan tempatan termasuk ‘food truck’, jualan produk berasaskan pertanian FAMA Negeri serta jualan dan pameran kraftangan tempatan. Pada sebelah malam pula, majlis disemarakkan lagi dengan persembahan kebudayaan  khas yang memaparkan kebudayaan 11 daerah di Negeri Pahang serta diserikan lagi dengan kehadiran artis tempatan.”

Menurut Dato’ Sri Sharkar lagi, Pahang sebagai negeri terbesar di Semenanjung Malaysia memiliki khazanah semulajadi yang tidak ternilai seperti hutan hujan tropika, gua-gua yang masih terpelihara serta pelbagai jenis flora dan fauna.

Tahun Melawat Pahang 2017 dijangka  mencapai sasaran kedatangan 15 juta pelancong ke Negeri Pahang.

Bagi maklumat dan informasi pelancongan terkini di Negeri Pahang, aplikasi  telefon pintar ‘Visit Pahang’ boleh dimuat turun melalui ‘Apps Store’ atau ‘Google Play’.


            

0 comments:

share2