Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 31, 2017

[PEKAN] TETAMU MAKAN KENDURI ATAS SAMPAN


Banjir: Tetamu makan kenduri atas sampan


Walaupun terpaksa menganjurkan majlis perkahwinan ketika banjir, namun ia memberikan kenangan bermakna buat pasangan pengantin muda di Kampung Baru Pulau Keladi kerana keunikan majlisnya.

Tetamu dijemput menaiki bot sejauh 200 meter dari jalan utama untuk ke rumah pengantin perempuan dinaiki air setinggi satu meter itu bagi meraikan pasangan pengantin Nur Salleha Ariffin, 18, dan Mohd Isa Mohd Ali, 20.

Malahan ada antara mereka menikmati hidangan nasi atas sampan.

Nur Salleha berkata, sebanyak 20 bot milik penduduk kampung disediakan bagi mengambil tetamu termasuk rombongan pengantin lelaki dari Melaka.

Menurutnya, keputusan meneruskan majlis perkahwinan itu walaupun ketika banjir dibuat atas persetujuan keluarga kedua belah pihak.

"Jemputan sudah dibuat awal tetapi banjir di kampung ini berlaku dua hari sebelum majlis berlangsung kerana air naik mendadak.

"Semua keperluan dah siap sedia maka kami ambil keputusan untuk teruskan majlis dengan insiatif sediakan bot milik jiran dan penduduk berdekatan.

"Kami mulanya tetap rasa bimbang.. takut tak ada orang datang dan makanan tidak habis, jadi membazir pula nanti," katanya.

Nur Salleha berkata, mereka sekeluarga bersyukur apabila majlis berlangsung dengan meriah dan lancar serta terharu apabila tetamu yang hadir tetap menikmati hidangan walaupun terpaksa makan di atas bot.

Menurutnya, tingkat atas rumah tidak ditenggelami banjir dapat digunakan untuk ruang pelamin dan persediaan makanan.

"Kebanyakkan penduduk kampung berkenaan tidak berpindah ke pusat pemindahan kerana air hanya paras pinggang namun berharap banjir segera surut," katanya.


0 comments:

share2