Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 31, 2017

20 SEKOLAH DI PAHANG DITUTUP ESOK AKIBAT BANJIR


Banjir


Sebanyak 20 sekolah di Pahang akan ditutup sehari esok berikutan banjir, kata Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail.

Beliau berkata penutupan itu melibatkan sekolah di daerah Pekan, Maran dan Bera yang membabitkan 4,087 pelajar dan guru berikutan kawasan sekolah serta laluan utama ke situ telah dinaiki air.

Rosdi berkata 13 sekolah akan ditutup di Pekan diikuti masing-masing enam dan satu di Maran dan Bera.

Katanya sekolah terlibat di Pekan ialah SMK Paloh Hinai, SK Paloh Hinai, SK Padang Rumbia, SK Kampung Aceh, SK Pulau Rusa, SK Tanjung Medang, SK Belimbing,

SK Serambi, SK Temai, SK Mambang, SK Pelak, SK Pulau Manis dan SK Kincir.

"Enam sekolah di Maran ialah SK Paya Pasir, SK Serengkam, SK Pesagi, SK Kuala Wau, SK Kertau dan SK Chenor manakala bagi daerah Bera, hanya SMK Mengkarak ditutup,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberitahuan mengenai penutupan sekolah itu telah dimaklumkan kepada penjaga pelajar manakala pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa dan perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian.

Dalam pada itu, Rosdi berkata 21 sekolah turut dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara yang melibatkan lima daerah iaitu Temerloh, Bera, Pekan, Maran dan Rompin.

"Sekolah yang dijadikan pusat pemindahan masih beroperasi seperti biasa," katanya.

Sumber

0 comments:

share2