Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 17, 2017

PEKAN: PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG DIBERI PENGHARGAAN OLEH PM




Seramai 146 pelajar cemerlang, iaitu 86 peperiksaan UPSR dan 61 orang peperiksaan PT3 dari sekolah-sekolah di dalam kawasan Parlimen Pekan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang. Anugerah diberi dalam bentuk sijil penghargaan dan wang tunai RM200.00  bagi UPSR manakala PT3 mendapat RM250.00.

Sementara itu 5 sekolah kategori Luar Bandar di kawasan Parlimen Pekan juga dipilih untuk menerima Anugerah Khas Sekolah Menengah PT3 2016 yang membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM2,000.00.  Sekolah-sekolah terebut adalah  SMK Ubai, SMK Nenasi, SMK Dato’ Mahmud Mat dan SMK Seri Mahkota.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang, Penyerahan Buku Program Books For Asia.

Dalam majlis yang sama, Yayasan Pahang turut memberi penghargaan kepada peserta dan guru cemerlang Program Pengajian Islam Taffaqquh Fiddin Negeri Pahang (TFD). Tiga pelajar dan seorang guru cemerlang TFD dari Masjid Sultan Ahmad Al-Haj, Pekan menerima sijil anugerah dari Yayasan Pahang berbentuk penghargaan dan wang tunai RM300.00.

  
          

0 comments:

share2