Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 17, 2017

DUA LELAKI MENYAMAR POLIS DITAHAN


Kes jenayah


Kuala Lumpur - Dua lelaki yang dipercayai menyamar sebagai pegawai polis untuk menipu dalam urusan membebaskan tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, ditahan Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Dang Wangi di Sepang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Mohd Sukri, suspek menggunakan taktik memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dari IPD Dang Wangi kepada anggota keluarga seorang daripada tahanan lokap di IPD itu.

"Suspek meminta wang tunai RM50,000 untuk bayaran wang jaminan bagi melepaskan tahanan dari lokap.

"Disebabkan keluarga tahanan terpedaya dan terdesak, mereka membuat beberapa bayaran berjumlah RM43,050 ke dalam satu akaun bank. Namun tahanan tidak dilepaskan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Sukri berkata, susulan penahanan dua lelaki itu, pihaknya kini memburu dua lagi rakan mereka yang dikenali sebagai Remantharan Pillay Vijayantharan, 39 dan Gobal Raman, 40.

"Orang ramai yang mengenali suspek diminta menyalurkan maklumat kepada Inspektor Mohamad Azhari Abd Aziz menerusi talian 016-2223903 atau tampil ke balai polis berhampiran," katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang ditahan kini direman enam hari sehingga 18 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


0 comments:

share2