Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 28, 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MENIPU ?

Sejarah penubuhan sekolah di Malaysia bermula apabila British mendirikan sekolah untuk mengajar membaca menulis dan mengira. Lama sebelum itu, orang melayu sendiri sudah menubuhkan madrasah atau pengajian sistem pondok untuk mengajar ilmu agama. Bagi pelajar yang lulus tahap tertentu, mereka akan pergi ke Mekah, Mesir atau mana mana negara islam lain di timur tengah. Bagi pelajar sekolah British pula, mereka yang lulus cemerlang diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di negara barat.

Selepas negara merdeka, Kerajaan meneruskan pendidikan seperti sistem British tetapi pelajaran diubahsuai supaya ianya bercorak Malaysia sendiri. Aku tidak nak bercerita mengenai silibus pelajaran sebaliknya tentang kos bayaran kepada pihak sekolah. Pada mulanya, para pelajar tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi seperti sekaranh. Cukup sekadar yuran sekolah, pendaftaran dan lain lain.

Tetapi semakin lama, kos bayaran sekolah semakin membebankan. Sudahlah ibubapa perlu membeli uniform sekolah, kasut sekolah, beg dan buku. Ibubapa juga dibebankan dengan pelbagai yuran yang dilihat tidak masuk akal. Yuran PIBG itu sudahlah wajib. Ditambah pula ada sesetengah sekolah mengenakan bayaran khusus untuk buku nota/latihan khas, lencana, pen serta alatan alatan lain yang bagi aku tidak berkaitan atau memberi kesan kepada pengajian murid jika tidak dibeli.

Bagi sekolah asrama, ada pula bayaran untuk pakaian khas seperti baju melayu, samping dan sebagainya.

Adakah pihak sekolah dibenarkan membuat peraturan sebegini ? Apakah jika ibubapa tidak membeli buku nota, lencana mahupun benda benda remeh, ianya menjadi satu dosa yang cukup besar serta anak mereka tidak akan lulus peperiksaan ?

Sekolah asalnya adalah tempat memberi pelajaran kepada rakyat. Sebaliknya sekarang sekolah menjadi tempat mengambil duit rakyat pula.

Pengalaman aku sendirilah semasa sekolah dahulu, awal tahun ada cikgu kata wajib beli buku latihan. Bila sudah dibeli, sampai habis sekolah buku itu tidak digunakan. Sebaliknya cikgu gunakan nota latihan lain pula. Tentang buku teks, apa gunanya Kerajaan membazirkan berbilion ringgit mencetak buku teks sedangkan ianya tidak digunakan. Itupun pengalaman aku juga dahulu. Buku teks agama islam, bahasa inggeris, matematik, kemahiran hidup langsung tidak digunakan. Disimpan dan kemudian hujung tahun, dipulang semula. Nampak tak pembaziran duit rakyat disitu. Mungkin sekolah lain ada gunakan, tetapi tidak ditempat aku.

Untuk makan dikantin, ibubapa terpaksa beri juga wang kepada anaknya setiap hari. Sedangkan awal persekolahan, ibubapa perlu membayar bermacam bayaran.

Gaji para guru sudah tentu dibayar oleh Kerajaan. Kerosakkan sekolah atau peralatan, juga duit Kerajaan. Bil elektrik dan air rasanya dibayar juga oleh Kerajaan. Jadi dimana perginya duit ibubapa itu ? Apa perlunya ibubapa membayar kepada pihak sekolah ? Aku bercakap tentang sekolah bantuan penuh Kerajaan , bukannya sekolah swasta atau jenis kebangsaan.

Jadi mengapa ibubapa perlu dibebankan dengan bayaran yang tidak masuk akal. Di negara maju seperti di barat, mereka tidak perlu memakai pakaian seragam sekolah. Tetapi pandai juga mereka. Mengapa Malaysia perlu membuat undang undang pakaian seragam sekolah ? Rasanya pakaian seragam sekolah tidakpun menambah IQ pelajar kan ?

Jadi fikir fikirkanlah. Kerajaan kata memberi pendidikan percuma untuk peringkat sekolah rendah dan menengah. Sedangkan itu semua bohong belaka apabila ibubapa terpaksa mengeluarkan wang untuk dibayar kepada pihak sekolah sedangkan sekolah itu bukanlah sekolah swasta atau jenis kebangsaan.

4 comments:

  • Anonymous says:
    December 29, 2013 at 1:22 PM

    Ini bukan salah kerajaan jangan mengada-ngada , ini boleh selesai dgn pihak sekolah , takkan sampai kesemua nak free , anak cuma bawa batang tubuh apa kejadah ini . tak dak dalam dunia ini habis kesemua free. cuma budak sekolah hanya telanjang bulat . yang lainx2 kerajaan tanggung.

  • Anonymous says:
    December 29, 2013 at 1:27 PM


    salam , kenyataan anda saya anggap macam mengada-ngada, tak kan semua nak free kot, murid cuma bawa batang tubuh kesekolah. Perkara begini boleh settle dgn PIBG dan pentadbir sekolah .

  • Anonymous says:
    December 29, 2013 at 1:54 PM

    Salam , kenyataan diatas macam mengada-ngada , perkara boleh settle dgn pihak PIBG dan sekolah tak payah nak salahkan kementerian pendidikan dan mana ada didunia ini semua nak free murid cuma pergi sekolah bawa batang tubuh saja . memang malaysia mengamal pendidikan percuma peringkat asas rendah dan menengah bukan perkarax2 remeh yang tidak bersangkutan dengan pendidikan dan pembelajaran.

  • Waris miskin. says:
    December 29, 2013 at 4:49 PM

    Senang cerita.Tutup sahaja PIBG yang ada di sekolah.Pegetua/GB berpakat dengan PIBG supaya ada yuran khas.PIBG tak ada pun tak ada msaalah.
    Pengetua/GB dan YDP PIBG memang setuju untuk kutip yuran.
    Kementerian tak tegas.Main kayu tiga dengan waris.
    Dasar pendidikan percuma memang betul.Tapi PIBG yang lebih-lebih.
    Kalau kutip yuran yang perlu tak apalah.
    Waris banyak benda kena tanggung.
    1.tambang bas yang nak naik
    2.duit poket harian
    3.pakaian ala kadar dan kasut
    Itu pun berjimat pakai yang lama jika elok.

    Awal tahun faham sajalah.Kalau waris gaji RM 6 ribu oklah.
    Kalau gaji pengawal keselamatan banyak mana.Harap pakaian saja segak.Gaji paling lece.
    Pekerja kilang habis tinggi campur OT 1800 sebulan.
    Jika penoreh getah berapa dapat congaklah sendiri.

    Mneteri Pelaajaran patut hapuskan PIBG yang ada disekolah.Mereka ada faedah apa pun.Bangga kalau dapat kutip yuran khas.kalau waris kaya raya tak apa.Fikrilah yang pendapatan kecil dan sederhana.
    Kalau anak lebih drp seorang lagilah teruk.

    PIBG ibarat naga atai harimau yang lapar makanan.

    Tanpa PIBG pun perjalanan sekolah langsung tak tergugat.

    Inilah antara dalil kenapa PIBG wajib di batalkan.

share2