Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 3, 2017

[MARAN] PENDIDIKAN PENTING BAGI ANAK ORANG ASLI

Pendidikan penting bagi anak Orang Asli




Ibu Bapa di kalangan masyarakat Orang Asli perlu meningkatkan kesedaran pentingnya pendidikan bagi mengelakkankan mereka terus tercicir dalam mengecapi kemajuan negara.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, kerajaan serius dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat orang Asli dengan menubuhkah jabatan khusus seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli(JAKOA) bagi memastikan sosio ekonomi dan pendidikan dapat ditingkatkan sesuai dengan peredaran masa

"Anak-anak Orang Asli perlu dihantar kesekolah kerana mereka ini tidak ada bezanyanya dengan masyarakat laindi luar. Ini dibuktikan dengan kejayaan ramai dalam kalangan anak-anak Orang Asli yang kini telah melanjutkan pelajaran ke menara gading dan seterusnya menjawat jawatan penting di dalam kerajaan dan swasta.

"Cuma mereka ini perlukan galakan dari ibu bapa untuk terus maju dalam pelajaran dan di masa hadapan. Justeri ibu bapa dinasihatkan sentiasa membantu dan menyokong anak-anak yang masih bersekolah semenjak dari sekolah rendah," katamya ketika ditemui selepas Program Ramah Mesra Berama Masyarakat Orang Asli Kampung Bangas dan Kampunh Sungai Jempol, Maran Pahang.

Pada majlis itu, seramai 74 anak-anak masyarakat Orang Asli dari Kampung Bangas dan Kampung Sungai Jempol yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul.

Turut hadir di majlis tersebut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bangas, Yatim Halim; Tok Batin Kampung Bangas Rumi dan Tok Batin Kampung Sungai Jempol, Abu Kok Heng serta Guru Besar SK Kuala Sentul, Wan Kemat.




0 comments:

share2