Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 18, 2017

[MARAN] PDM DIMINTA KEMASKINI PANGKALAN DATA


PDM diminta kemaskini pangkalan data


Pusat Daerah (PDM) di dalam kawasan Parlimen Maran diminta mengemas kini pangkalan data pengundi dan bilik gerakan masing-masing sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14

Ketua Umno Bahagian Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, persediaan awal ini adalah bagi memudahkan penstrukturan langkah kerja serta penyusunan jentera pilihan raya supaya lebih sistematik dan dalam keadaan bersedia.

Menurutnya, walaupun tarikh pilihan raya belum pasti namun, persiapan awal itu akan memudahkan tindakan diambil sekiranya berlaku sebarang perubahan atau masalah, sekali gus mengatasi sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

"Perkara paling penting adalah senarai pengundi, tempat mengundi dan pastikan pengundi dapat dihubungi setiap masa.

"Kita bimbang jika ada antara pengundi tegar yang berpindah dan tiada nama di dalam senarai daftar pengundi di tempat asal bagi mengundi, maka ia sangat merugikan.

"Setiap ketua cawangan dan Ketua PDM perlu sentiasa membuat semakan supaya pengundi di bawah kawalan dan seliaan sentiasa berada di dalam pengetahuan mereka dan pastikan akan mengundi apabila tiba masa pilihan raya," katanya.

Ismail berkata, pengalaman masa lalu ada pengundi yang kehilangan nama di dalam daftar dan membuat penyemakan nama di saat terakhir, menyebabkan pengundi terbabit tidak dapat mengundi kerana dipindahkan ke PDM lain.

Ahli Parlimen Maran itu selanjutnya mengingatkan semua anggota parti dan jawatankuasa PDM jangan memandang remeh masalah itu dan jika ini yang berlaku calon akan tewas.

"Satu undi pun sangat berharga di mana pernah calon BN negeri ini tewas pada pilihan raya hanya dengan dua undi sahaja berikutan nama pengundi yang sepatutnya boleh mengundi di tempat asal tiada dalam daftar.

"Saya tidak mahu perkara seumpama itu berulang dan jika ditakdirkan ia berlaku sangat malang bagi BN," tegasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia optimis, jika semua pihak berpadu serta menjalankan kerja dengan tersusun penuh bertanggungjawab, BN akan menang malah kerusi yang dimenangi pembangkang akan dapat dirampas.


0 comments:

share2