Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 17, 2017

[LIPIS] 37,052 UNIT PR1MA DILULUSKAN


37,052 unit PR1MA diluluskan


Sebanyak 102 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Negeri Pahang membabitkan 37,052 unit rumah telah diluluskan di seluruh negeri ini.

Exco Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah yang diluluskan di pelbagai peringkat itu, sebanyak tiga projek dengan 692 unit rumah telah diserah kunci manakala 18 projek dengan melibatkan 5,416 unit rumah sedang dalam pembinaan.

Menurutnya, 20 projek lagi dengan 5,949 unit rumah telah lulus kebenaran merancang dan dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan dalam masa terdekat manakala 61 projek dalam proses kelulusan baharu.

“Jumlah 37,052 unit rumah itu melebihi sasaran berbanding 15,000 unit rumah yang dirancang dalam tempoh lima tahun antaranya 2014 hingga 2018 seperti yang termaktub dalam manifesto Barisan Nasional (BN) negeri ketika PRU13 lalu.

“Usaha ini menzahirkan janji kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang cukup prihatin dengan masalah perumahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Rumah Contoh Projek PR1MA Negeri Pahang di Kuala Lanar di sini, semalam.

Hadir sama Adun Cheka, Datuk Fong Koong Fuee dan Pegawai Daerah Lipis, Datuk A Rahman Hamzah.

Wan Rosdy yang juga Adun Jelai berkata, projek berkenaan menyasarkan golongan berpendapatan RM10,000 ke bawah untuk satu isi rumah.

Katanya, harga rumah berkenaan dijual pada harga RM150,000 seunit dan diskaun sebanyak 10 peratus diberikan kepada penjawat awam.

Beliau berkata, bagi projek PR1MA di Kuala Lanar yang dilaksanakan oleh Syarikat Kejuruteraan Seberkas Sdn Bhd, sebanyak 522 unit rumah akan dibina membabitkan tiga fasa.


0 comments:

share2