Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 12, 2017

KUANTAN : APLIKASI “VISIT PAHANG” DILANCARKAN EXCO PELANCONGAN




Kerajaan Pahang telah melancarkan Aplikasi “Visit Pahang”  sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri Pahang mengadakan Majlis Pengistiharaan Tahun Melawat Pahang 2017 pada 20 Januari depan di UTC Kuantan.

Pelancaran Aplikasi “Visit Pahang” dirasmikan oleh EXCO Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin dan seterusnya memperkenalkan fungsi aplikasi itu kepada umum.

Aplikasi ‘Visit Pahang' kini boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store dengan carian ‘Visit Pahang’.  Aplikasi ini dapat memberi kemudahan kepada pelancong yang berkunjung ke Negeri Pahang secara tidak langsung dapat memberi matlumat terus kepada pengguna.

Selain menghantar pesanan tentang diadek-dialek Negeri Pahang, aplikasi ini turut mampu menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang menarik, destinasi pelancongan, tempat makan popular dan lokasi penginapan untuk kemudahan kepada para pelacong.

Programnya juga berbentuk interaktif bagi pelancong untuk membuat tempahan tempat penginapan untuk terus membuat tempahan bilik.

Dato’ Sri Mohd Sharkar berkata aplikasi ini memudahkan percutian para pelancong sepanjang berada di Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang percaya usaha ini dpat meningkatkan pendapatan ekonomi Negeri Pahang dalam pelbagai aspek, seterusnya menaikkan nama Negeri Pahang ke peringkat antarabangsa.

Untuk tahun 2017, Kerajaan Pahang menganggarkan 15 juta pelancong   datang ke Pahang   




       

0 comments:

share2