Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 30, 2017

JAMBATAN SEMENTARA PULAU SETELU RUNTUH


Jambatan sementara Pulau Setelu runtuh


Gua Musang - Jambatan sementara Pulau Setelu, di sini, runtuh dipercayai berpunca dari tekanan sisa kayu yang hanyut tersangkut di jambatan terbabit.

Ketua Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, sebelum ini, penduduk turut bergotong royong membersihkan jambatan terbabit sejurus air mula surut.

"Sisa kayu yang hanyut dan tersangkut di jambatan itu terlalu banyak menyebabkan strukrur binaan berkenaan tidak mampu bertahan," katanya lagi.

Tambah Anuar, operasi mencari dan menyelamat mangsa dikhuatiri lemas terjatuh dari jambatan sementara berkenaan, memasuki hari ketujuh, semalam.

"Pencarian tersebut telah melibatkan ke hilir melepasi Kampung Kuala Sungai. Setakat ini, masih belum ada tanda-tanda penemuan biarpun arus sungai mulai perlahan.

"Kita akan meneruskan pencarian berkenaan dan diharapkan ada penemuan baharu dalam operasi ini," katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Rohaizad Che Soh, 39, memberitahu, dia bersama orang kampung turut mencari adiknya, Adnan Che Soh, 29, ke Sungai Galas, sempadan Gua Musang-Kuala Krai.

"Kami mengesan ada bau sesuatu di kawasan berkenaan, namun masih belum berjumpa apa-apa. Malah, operasi ini akan diteruskan lagi.

"Saya memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga agar urusan pencarian ini dipermudahkan," katanya lagi.

Terdahulu, mangsa dikhuatiri lemas apabila motosikal yang dinaiki melanggar motosikal lain di laluan bertentangan di atas jambatan terbabit.

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri di mana jambatan berkenaan tidak mempunyai penghadang.


0 comments:

share2