Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 30, 2017

BERHEMAH GUNA AIR DAN ELEKTRIK DI MASJID, SURAU


air


Kangar - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati para jemaah di seluruh negeri agar berhemah dalam penggunaan air dan elektrik di masjid dan surau.

Baginda bertitah menggunakan elektrik dan air sehingga berlaku pembaziran adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang menganjurkan umatnya supaya sentiasa berjimat-cermat.

“Beta berharap para jemaah menggunakan sumber secara berhemah dan jadikan amalan dalam kehidupan harian sebaiknya,” titah baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semasa melancarkan ‘Kempen Jimatkan Elektrik di Masjid dan Surau’ di Surau Al Ittihadiyah, Taman Kemajuan di sini, kelmarin.

Pada majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan wang zakat MAIPs kepada 33 asnaf terpilih daripada kawasan Dun Indera Kayangan.


0 comments:

share2