Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 30, 2017

MUSLIM BAN: DUNIA BERSUARA, BANTAH LARANGAN TRUMP


Muslim Ban: Dunia bersuara, bantah larangan Trump


Washington - Berikutan pengharaman Muslim ke negara ini membuatkan rakyat Amerika Syarikat dan seluruh dunia mengecam tindakan presiden baharu, Donald Trump.

Hashtag #MuslimBan turut tersebar di laman Twitter di mana masyarakat dunia meluahkan pandangan mereka mengenai larangan itu.

Kebanyakan daripadanya menyatakan bantahan mereka dan meminta agar Trump menarik balik perintah pengharaman itu.

Seorang pengguna Twitter, Karen Wilson mendakwa bahawa Trump tidak sepatutnya menjadi presiden.

"Hari ini menunjukkan bahawa mereka tanpa pengalaman tidak sepatutnya diberikan kuasa yang banyak, lebih-lebih lagi jika nyawa menjadi pertaruhan. #MuslimBan #resist," tulisnya.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter Kent B mengatakan bahawa insiden ini amat memalukan di dalam sejarah Amerika Syarikat.

"#MuslimBan ini telah menjadi salah satu perkara yang memalukan di dalam sejarah Amerika, kita sepatutnya menjadi lebih baik daripada ini," tulisnya.

Bagi pengguna Twitter TrumpsAJoke pula, Trump bukanlah presidennya.

"Kepada semua negara sekutu di luar sana, kami minta maaf. #MuslimBan #NoWall # Notmypresident," tulisnya.

Seorang pengguna Hugh Binks mendakwa bahawa larangan ini tidak hanya melibatkan Islamphobia tetapi elitisme.

"#MuslimBan ini bukanlah hanya kerana Islamphobia tetapi juga elitisme, lihat negara yang dipilih itu adalah antara negara Muslim termiskin di dunia," tulisnya.

Selain itu, ada juga yang menunjukkan rasa kagum mereka apabila melihat orang bukan Islam turut sama memberikan sokongan kepada para Muslim.

"Sokongan daripada orang bukan Islam terhadap #MuslimBan haruslah dilihat sebagai kecintaan terhadap kemanusiaan. Para pengganas, berhentilah membunuh di atas nama jihad," tulis Idowu.

Bagi Natasha pula, dia berpendapat bahawa Trump tidak memerlukan masa yang lama untuk mencetus 'insiden' sebegini.

"Belum pun cukup sebulan Trump jadi Presiden, dia telah mencetuskan keadaan huru-hara antarabangsa," tulisnya.


0 comments:

share2