Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 8, 2017

ABANG 'KUAT' SELAMATKAN KEMBAR DIHEMPAP ALMARI


Abang 'kuat' selamatkan kembar dihempap almari


Utah -  Abang kepada sepasang kembar lelaki menjadi perhatian netizen selepas rakaman beliau menyelamatkan adiknya selepas dihempap almari viral.

Dalam rakaman tersebut yang 'ngeri' untuk ditonton, kembar berkenaan dirakam bermain di sebuah almari sebelum adiknya memanjat laci pada almari tersebut.

Almari tersebut kemudian terbalik dan menghempap mangsa.

Si abang, tanpa berlengah terus mencari ikhtiar untuk menyelamatkan adiknya tetapi gagal.

Akhirnya, beliau mengangkat almari tersebut dan adiknya berjaya melepaskan diri.

Menurut laporan Mirror, video berkenaan dimuat naik ke Facebook oleh ibu bapanya, Ricky dan Kayli Shoff.

"Kami sendiri susah nak percaya," kata pasangan tersebut kepada CNN.

Ketika kejadian, Ricky dan Kayli tidak mendengar sebarang jeritan, bunyi bising atau tangisan dari bilik tersebut dan menyangka semuanya normal.

Bagaimanapun, kejadian tersebut hanya disedari Kayli selepas beliau memeriksa 'baby camera' yang disambung secara Wi-Fi ke telefon bimbitnya.

"Saya takut untuk memuat naik video tersebut, tetapi saya rasa adalah penting untuk memupuk kesedaran mengenai telatah anak-anak. Kami bersyukur yang si abang sangat sayangkan adiknya," kata Ricky.

Ricky menambah, beliau akan memastikan almari di rumahnya dipakukan ke dinding untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.


0 comments:

share2