Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 14, 2016

MENINGGAL DUNIA SELEPAS BERMAIN BADMINTON


Meninggal dunia selepas bermain badminton


Melaka Tengah - Timbalan Ketua Cawangan Khas Melaka, Superintendan Mohd Senu Mohd Nor, meninggal dunia selepas rebah ketika berehat selesai bermain badminton di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, petang semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas lebih satu jam rebah di gelanggang badminton di dewan IPK pada jam 6.20 petang.

"Allahyarham bermain badminton bersama beberapa pegawai yang lain kira-kira jam 5.30 petang dan berhenti. Ketika ‘warming down’ pada jam 6.20 petang dia tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

"Pada jam 7.58 malam Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan," katanya ketika ditemui di sini.

Turut hadir di perkarangan bilik mayat, Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din dan Timbalannya, Datuk Ruslan Hasan.

Menurutnya, Allahyarham yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah dan baru dinaikkan pangkat serta ditukarkan ke Melaka sejak dua bulan lalu itu tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan atau penyakit kronik.

"Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman di Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan dan kami di kontinjen Melaka akan bantu urusan penghantaran ke sana dan pengebumian selepas selesai bedah siasat

"Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan tiga anak berusia 5 hingga 19 tahun seorang yang agak pendiam namun mudah mesra dengan sekeliling serta komited dalam tugasnya dan sentiasa bersama-sama dalam tugas berpasukan" katanya.


0 comments:

share2