Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 13, 2016

[MARAN] HARGAI KEAMANAN BAGI MENDAPATKAN PENDIDIKAN SEMPURNA



13/12/216 - Bagi meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa membuat persiapan sekolah anak-anak, KPDNKK melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Wanita UMNO Bahagian Maran telah mengambil inisiatif memberikan beg sekolah dan buku latihan secara percuma.

Seramai 500 murid sekolah rendah dalam Daerah Maran telah dikenalpasti bagi menerima bantuan tersebut.

"Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang tampil menyumbang untuk meringankan sedikit sebanyak beban ibubapa sempena musim pembukaan seisi persekolahan tak lama lagi" ujar YH Dato' Rosni Zahari yang juga Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya koperasi Malaysia ketika menyampaikan ucapan dihadapan ibubapa yang hadir di Dewa UMNO Pekan Tajau Maran Pahang.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin ,Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul.

"Murid-murid harus berasa insaf dan beruntung tinggal di Malaysa dan mampu belajar dengan suasana aman tanpa sebarang pertumpahan darah seperti berlaku di Rohignya. Ini semua hasil kebijaksanaan pemimpin dan kerajaan dibawah pimpinan YAB DS Najib Tun Razak yang mahu memastikan sistem pendidikan tidak akan terganggu dengan memastikan keamanan dapat dikekalkan dinegara ini." kata YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan.

Turut hadir dimajlis tersebut ADUN Chenor YB Dato Arifin Ismail,YH Dato Mohamad Zawawi bin Mahmod ,Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Pahang.

0 comments:

share2