Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 13, 2016

[KUANTAN] MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT NEGERI PAHANG 1438H/2016



12/12/2016 - KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berangkat ke Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah di Kuantan Pahang.

Majlis yang dimulakan dengan perarakan bermula di Taman Gelora dan berakhir di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah Kuantan Pahang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO .

Pada majlis tersebut juga baginda berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul Negeri Pahang Darul Makmur 1438H kepada beberapa individu.

Mereka dikurniakan wang tunai berjumlah RM3,000.00.

Antaranya penerimanya :

i) Encik Doud @ Daud bin Talib, pesara kerajaan dari Kampung Merapoh, Kuala Lipis.
ii) Tuan Haji Mat Ali @ Ibrahim bin Rasu, pesara kerajaan dari Kampung Jambu, Pekan.
iii) Encik Liman bin Mat, pengajar ilmu agama di surau dari Kampung Tambang Endau, Kuala Rompin.
iv) Encik Adnan bin Majid, Penerbit Rancangan di Jabatan Penyiaran RTM dari Permatang Badak, Kuantan.Penerima anugerah membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3,000 

Turut sama menerima anugerah yang saban tahun dipertandingkan pada Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Pahang ialah pertandingan sepanduk bagi kategori Jabatan dimenangi oleh Jabatan Perhutanan, bagi Badan Berkanun dimenangi oleh Jabatan Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang manakala kategori Institusi Pengajian Tinggi dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah dimana johan bagi setiap kategori membawa pulang hadiah berjumlah RM 2,500.

Keberangkatan Baginda disambut oleh YAB DSDR MB Pahang Adnan Hj Yaakob, YB Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad. serta Exco Kerajaan Negeri Pahang .

Majlis turut mengundang YH Dato’ Ustaz Haji Badli Shah Alauddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang menyampaikan ceramah Sempenan Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Pahang.






0 comments:

share2