Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 21, 2016

[KUANTAN] SUKARELAWAN MUDA PERWANI SIAP SEDIA HADAPI BENCANA BANJIR



20/12/2016 - Bencana banjir besar yang melanda Pahang pada tahun 2014 memberikan banyak pengajaran kepada semua pihak khususnya persedian menghadapi banjir. Menyedari pentingnya persedian menghadapi banjir,sukarelawan yang terlibat dalam menguruskan mangsa banjir,Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Simulasi Siapsiaga Bencana Komuniti PERWANI Muda 1 Malaysia yang diadakan di Dewan  Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Kuantan Pahang.

Program yang disertai oleh seramai kira-kira 200 peserta terdiri dari komuniti PERWANI muda,ahli-ahli jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dari seluruh Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertahanan Awam Negeri Pahang.

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika ditemui selepas program berkata 
"ianya adalah salah satu usaha musni kepada pemerkasaan wanita selain simulasi ini perlu dibuat bagi melancarkan operasi menyelamat dan pemindahan mangsa banjir jika banjir sebenar berlaku di kawsan masing-masing".

"Respon penduduk kampung apabila banjir berlaku melanda kawasan kampung begitu penting bagi mengelakkan kehilaangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Banjir buruk yang pernah melanda pada 2014, telah memberikan kesedaran kepada komuniti bahawa perlunya memperkasakan ilmu untuk menghadapi bencana banjir khususnya"

Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM 3 juta untuk negeri-negeri yang dilanda bencana termasuk memberikan tumpuan khusus kepada aspek bantuan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Kesemua bantuan dibawah peruntukkan ini disediakan bagi memenuhi keperluan 1.56 juta mangsa banjir yang dijangka ditempatkan dikesemua pusat pemindahan berkenaan.

0 comments:

share2