Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 21, 2016

KOPI LEMAK KHINZIR TAK LIBATKAN MCD MALAYSIA


Kopi lemak khinzir tak libatkan McD Malaysia


Shah Alam - Isu kopi mengandungi lemak khinzir sebagaimana yang diviralkan tidak melibatkan McDonald's Malaysia.

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan, perlu diketahui juga bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis tersebut adalah berbeza mengikut negara.

"Untuk maklum bahawa McDonald's Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia," jelas kenyataan Jakim bagi menjawab isu dakwaan kopi McDonald's mengandungi lemak babi sepertimana yang viral baru-baru ini.

Dalam pada itu, pihak Jakim berkata, untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

"Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/," nyata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini pada September lalu, isu membabitkan dakwaan penggunaan lemak khinzir ke atas minuman kopi McDonald’s turut berlegar dalam kalangan netizen alam maya.

Namun ia dinafikan oleh Pengarah Urusannya, Azmir Jaafar yang dipetik sebagai berkata, mesej tersebut disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menimbulkan ketakutan dan keraguan di kalangan para pengguna dan masyarakat.


0 comments:

share2