Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 21, 2016

[MARAN] KEKALKAN KEBERSIHAN ECO RIMBA LUBUK YU SEMPENA TAHUAN MELAWAT PAHANG 2017




20/12/2016 - Jabatan Hutan Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat ADUN Kuala Sentul telah mengadakan Program Kesedaran Masyarakat di Taman Eco Rimba Lubuk Yu .

Program yang mendapat sambutan komuniti di DUN Kuala Sentul itu disertai hampir 150 orang terdiri daripada wakil JKK setiap kampung didalam DUN Kuala Sentul dan juga NGO serta golongan belia .

Penolong Pengarah Hutan Lipur Jabatan Hutan Negeri Pahang, En Rosilan bin Hj Said berkata "Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai untuk kesejahteraan kehidupan. Menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat memulihara alam sekitar dengan menyedari kepentingan menjaga kebersihan Eco Rimba Lubuk Yu bukan sahaja menjadi sumber air bagi penduduk di dalam DUN Kuala Sentul tetapi salah satu destinasi percutian yang menarik apatah lagi telah dimasukkan dalam kelender pelancungan sempena Tahun Melawat Pahang 2017".

Beliau ditemui selepas melancarkan Program Kesedaran Masyarakat Eco Rimba Lubuk Yu yang julung kali di adakan di Negeri Pahang.Selepas taklimat program,peserta telah menjalankan gotong royong membersihkan Eco Rimba Lubuk Yu bersama sama dengan kakitangan Pejabat Hutan Negeri Pahang.

0 comments:

share2