Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 20, 2016

KUANTAN: MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI



Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pahang (TERATAI) bersama KPJ Pahang Specialist Hospital buat julung-julung kalinya mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai di KPJ Specialist Hospital, Tanjung  Lumpur.

Mensasarkan anak-anak Rohingnya, asnaf, anak-anak  yatim di sekitar Kuantan dan juga anak-anak anggota pekerja KPJ Pahang, seramai 75 orang kanak-kanak berusia 7 hingga 15 tahun . Seramai 20 kanak-kanak Rohingnya dari Pusat Pembelajaran Rohingnya Kuantan turut terlibat dalam majlis ini.

TERATAI di bawah naungan Datin Seri Diraja Junaini Kassim bersama KPJ Pahang menjalankan tanggong-jawab social mereka membantu anak-anak di kalangan yang memerlukan dengan manwarkan perkhidmatan berkhatan secara percuma.

Dato’ Dr Khaled Mat Hassan mewakili Pengarah Perubatan KPJ Pahang merangkap Pengarah Perubatan KPJ Kuntan Dialysis Centre turut sama hadir pada program ini selain sama-sama mengkhatankan kanak-kanak pada hari tersebut.

 
    

0 comments:

share2