Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 26, 2016

BELUM TENTU SELAMAT!


Belum tentu selamat!


Jangan sesekali ambil mudah meninggalkan rumah tanpa memastikan ia tidak diceroboh!

Trend penjenayah sekarang semakin licik dan ada kalanya tidak terduga dek akal kita.

Mereka boleh saja mengangkut semua barangan berharga di rumah anda, tanpa siapa pun menyangka bahawa mereka penjenayah.

Anda hanya akan terpaku di depan rumah apabila melihat pintu rumah anda yang dimangga dan dikunci rapi sudah boleh dibuka dengan hanya sebelah tangan.

Lebih membuatkan anda meraung apabila kesemua barangan berharga anda termasuk tabung si kecil lesap begitu saja.

Jiran sebelah rumah hanya akan memberitahu anda bahawa dia menyangka anda sekeluarga berpindah rumah apabila ada tiga lelaki dengan membawa lori yang bercatat di badannya, disewa khas untuk pindah rumah.

Lalu apa yang harus anda lakukan? Bagaimana lagi mahu memastikan kediaman anda selamat dari dimasuki pencuri? Perompak?

Sorot kali ini mendedahkan beberapa stategi penjenayah yang perlu anda tahu.

Dan ada juga cara supaya anda menjadi selangkah lebih bijak dari mereka.


0 comments:

share2