Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 25, 2016

[CAMERON HIGHLAND] TANAH RUNTUH: PENGHUNI DI RUMAH PERANGINAN TNB SELAMAT


Bomba


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tanah rumah melibatkan Rumah Peranginan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Tanah Rata, Cameron Highlands hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata kejadian tanah runtuh pada 3.11 petang itu membabitkan satu unit banglo dikenali sebagai 'The Sharples'.

"Runtuhan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan bangunan dan empat kereta.

"Bomba telah mengarahkan 13 penghuni banglo itu supaya mengosongkan bangunan berkenaan kerana dikhuatiri berlaku runtuhan kedua," katanya semasa dihubungi hari ini.

Muhamad Haziq berkata pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya bahawa usaha membaiki cerun di kawasan itu hanya boleh dijalankan selepas mendapat kebenaran TNB memandangkan kawasan terlibat adalah milik syarikat utiliti itu.


0 comments:

share2