Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 3, 2016

[ULU TEMBELING] AIR CETEK FENOMENA BIASA


Air cetek fenomena biasa


Fenomena air cetek di sungai Ulu Tembeling berlaku setiap tahun dan menjadi perkara biasa bagi penduduk Kampung Bantal dan, di sini serta kawasan sekitarnya.

Ketua Umno Cawangan Kampung Bantal, Abdul Aziz Abdul Rahman, kebiasaannya fenomena air cetek berlaku sekitar Mei hingga Ogos, bagaimanapun kali ini ia berlarutan sehingga bulan ini. 

Menafikan situasi itu berpunca daripada aktiviti pembalakan, beliau berkata, fenomena air cetek berpanjangan kesan banjir besar pada penghujung 2014.

“Air cetek ini perkara biasa, tambahan pula berlaku banjir besar pada 2014 lalu mungkin menjadi punca fenomena ini berlarutan sehingga kini. Namun keadaan sedikit berkurangan sejak musim hujan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Abdul Aziz berkata, air cetek mengakibatkan perjalanan menaiki bot dari Kuala Tahan ke Kampung Bantal dan kawasan sekitarnya menjadi lebih lama selain meningkatkan kos pengangkutan.

Katanya, bagaimanapun fenomena itu memberikan kelebihan kepada penduduk setempat kerana mereka berpeluang menjalankan aktiviti mengerau. 

Sementara itu menyentuh mengenai pembinaan jalan raya di kampungnya, beliau berkata, projek itu dijangka siap pada 2020, namun jalan darat sedia ada boleh digunakan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda selain jalan sungai.

“Saya difahamkan pembinaan jalan agak lambat memandangkan struktur muka bumi berbukit dan tidak rata menyukarkan kerja-kerja pembinaan. Namun sebaik sahaja jalan itu siap nanti, ia akan memesatkan lagi pembangunan kampung kami ini terutama daripada sudut pelancongan. 

“Dalam masa sama, meskipun jalan raya itu sudah siap di bina, pengangkutan menggunakan bot masih lagi diteruskan dan akan dijadikan sebagai daya tarikan buat pengunjung,” katanya.


0 comments:

share2