Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 3, 2016

NAFI KEMUNGKINAN SERANGAN BOM KERETA


Jen Prawit Wongsuwan


Bangkok – Pihak berkuasa Thai menasihatkan orang ramai jangan bimbang tentang amaran seorang pegawai daerah tentang kemungkinan serangan bom kereta di salah sebuah pusat perniagaan paling sibuk di Bangkok. 

Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan, yang bertanggungjawab bagi keselamatan nasional, berkata amaran serangan itu di daerah Sathorn berasaskan "maklumat lama" dan pegawai-pegawai telah diminta berjaga-jaga.

"Itu adalah maklumat lama yang kerajaan sentiasa pantau, jadi jangan bimbang.

"Semua pegawai beruniform dan pegawai preman sedang bertugas sepenuhnya mengendali hal perisekan itu," katanya kepada media di Rumah Kerajaan pada Rabu.

Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, menggesa semua pihak bekerjasama bagi menyekat sebarang indisen tidak diingini dan menjamin keselamatan awam.

Timbalan perdana menteri memberi respons terhadap satu laporan media yang mengaitkan sebuah memo yang bocor oleh pegawai daerah Sathorn mengenai serangan bom itu.

Sebelum sidang media itu, Prawit mengadakan mesyuarat tertutup dengan anggota kanan Majlis Keselamatan dan Ketenteraman Nasional (NCPO).

Beliau turut menemui Panglima Tentera Darat Jen Chalermchai Sitthisart.

Sebagai sebuah daripada daerah perniagaan yang utama di bandaraya ibu kota, Sathorn menempatkan banyak pejabat syarikat multinasional dan kedutaan termasuk dari Malaysia, Jerman, Australia dan Singapura. 

Memo yang bocor itu antara lain menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap kereta atau trak pikap yang mencurigakan.

Memo keselamatan pegawai daerah itu menyusuli satu lagi memo bocor polis baru-baru ini tentang ancaman serangan ke atas lima sasaran di Bangkok dan Samut Prakan dengan bom kereta.

Ancaman itu berkebetulan dengan ulang tahun ke-12 insiden Tak Bai minggu lepas.


0 comments:

share2