Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 6, 2016

SYED SADDIQ JANGAN JADI AGEN PERPECAHAN RAKYAT


Sheikh Nafiq Al-Firdaous Sheikh Abd Rahman


Kuala Lumpur - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan tidak cuba 'menghalal' demonstrasi menggulingkan kerajaan atas nama demokrasi dan kebebasan berhimpun.

Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Al-Firdaous Sheikh Abd Rahman berkata, kenyataan angkuh Syed Saddiq terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenaan kebebasan berdemonstrasi menunjukkan beliau adalah seorang yang dangkal dan senang dipengaruhi oleh anasir-anasir perpecahan.

Menurutnya, titah tuanku adalah jelas iaitu baginda tidak mahukan apa-apa elemen perpecahan kaum yang boleh mengakibatkan kerukunan dan keharmonian ini diganggu gugat di Johor.

"Anak muda seperti Syed Saddiq seharusnya mengerti, bahawa demonstrasi haram seperti Bersih bukan lagi demonstrasi ala-persatuan mahupun demonstrasi berbentuk aman.

"Seperti siri-siri Bersih sebelumnya, ia mengajak rakyat bukan hanya menyemai kebencian tetapi juga menyuap rakyat dengan berita-berita yang berbentuk fitnah dengan tujuan bagi membenci kerajaan dan menggulingkan kerajaan demokrasi," katanya.

Ujar Sheikh Nafiq yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai, apa yang pasti mana-mana negara di dunia ini tidak sesekali membenarkan demonstrasi menggulingkan kerajaan ini berlaku.

Beliau berkata, demonstrasi yang berbaur kebencian ini bukan sahaja menyebabkan keharmonian majoriti rakyat terganggu malah ia juga bakal mengundang rasa tidak puas hati penyokong tegar kerajaan untuk turut menghalang mereka.

"Saya menyeru agar Syed Saddiq juga jika benar telus dan berintegriti, nyatakan secara terperinci dan jelas siapakah penderma-penderma di sebalik Bersih 5 sehingga sanggup bermati-matian turun ke jalanan.

"Janganlah hanya melalak soal kebenaran, ketelusan dan integriti tetapi tidak pula jelas siapa pendukung mereka dan objektif mereka dalam menimbulkan huru hara di seluruh negara," katanya.


0 comments:

share2