Alabama - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan hanya mempunyai berat 24kg ditemui dikurung di ruang bawah tanah di pinggir bandar itu.
Pihak berkuasa berkata, remaja itu berada dalam keadaan kritikal dan rekod mahkamah menunjukkan ibu bapa angkatnya, Richard dan Cynthia Kelly dituduh melakukan penderaan terhadap remaja.
Siasatan bermula selepas polis Helena dimaklumkan sebaik remaja itu tiba di hospital.
"Mangsa kekurangan zat makanan kronik, dehidrasi dan hampir mati," kata Ketua Polis Helena, Peter Folmar dalam satu sidang akhbar.
"Kami percaya mangsa menghabiskan tempoh masa yang panjang dalam apa yang saya sifatkan sebagainya pengasingan paksa," kata Folmar
Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu AP, baru-baru ini dia melihat seorang lelaki muda yang dipercayai masih remaja di belakang kediaman dengan fizikal yang terlalu kecil sedang memotong rumput.
"Bapa itu hanya memerhatikannya," kata wanita itu.
Polis berkata, seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang lagi berusia 21 tahun itu juga tinggal di rumah itu.
Salah seorang remaja yang tinggal di rumah itu mempunyai pertalian adik beradik angkat dengan mangsa manakala seorang lagi adalah kawan.
Pihak berkuasa berkata, mangsa dan adik beradiknya belajar di rumah dan tidak mendaftar di mana-mana sekolah awam,
Menurut waran tangkap, pasangan itu dituduh menafikan keperluan makanan serta rawatan perubatan kepada remaja itu.
0 comments:
Post a Comment