Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 10, 2016

PLUG 3 PIN TERTUSUK DI KEPALA KANAK-KANAK 2 TAHUN


Plug 3 Pin Tertusuk Di Kepala Kanak-Kanak 2 Tahun


Ini memang malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah melalui pengalaman luar biasa iaitu plug tiga pin telah terlekat di kepalanya ketika sedang main di rumahnya di Guangzhou.

Kanak-kanak itu yang digelar sebagai Chen Chen, terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan plug tersebut.

Ketika kejadian, Chen Chen sedang bermain di atas katil apabila dia hilang kawalan selepas terpijak bola plastik, hingga mengakibatkannya terjatuh dari katil dan terkena plug berkenaan.

Keadaan itu mengejutkan keluarganya, lalu mereka terus membawanya ke hospital.

Menurut doktor, plug berkenaan telah tertusuk di otak Chen Chen menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan.

Keadaan Chen Chen kini semakin stabil dan dia dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam masa dua minggu lagi.


0 comments:

share2