Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 14, 2016

NEW ZEALAND DILANDA GEMPA BUMI


New Zealand dilanda gempa bumi


South Island di New Zealand digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter, malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian pada jam 7.02 malam itu berlaku 92km timur laut dari bandar Christchurch.

Kawasan gempa bumi itu terletak 7,589km tenggara Semporna di Sabah.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, kejadian itu tidak membawa kepada ancaman tsunami ke Malaysia.

Dalam pada itu, laporan media New Zealand, menyebut tsunami melanda timur laut pantai negara itu kira-kira dua jam kemudian dan aktiviti tsunami akan berterusan untuk beberapa jam lagi.

Laporan itu menyebut, penduduk di kawasan yang terlibat diminta berpindah ke kawasan tanah tinggi.


0 comments:

share2