Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 2, 2016

LAPOR KPDNKK JIKA MERASAKAN ADA UNSUR PENIPUAN


Lapor KPDNKK jika merasakan ada unsur penipuan


Seremban - Pengguna dinasihatkan membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya merasakan ada berlaku unsur penipuan dalam urusan jual beli.

Pengarah KPDNKK negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya benar berlakunya penipuan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video yang menjadi viral berkenaan pelajar mendakwa ditipu ketika mahu membeli telefon bimbit terpakai jenis Iphone 5S dengan harga dipersetujui RM400 tetapi dikenakan bayaran RM750 di sebuah pasaraya di sini, baru- baru ini.

Difahamkan peniaga terbabit mengenakan cas tambahan RM350 untuk perisian dalam telefon. 

Menurut Ain Arjuna, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kes tersebut dan menerusi maklumat di media sosial, kes itu dinyatakan telah pun selesai.

“Kita harap selepas ini jika kes seperti ini berlaku, pengguna yang tertipu dinasihatkan membuat aduan kepada KPDNKK melalui pelbagai saluran seperti aplikasi Ez ADU atau melalui laman web disediakan.

“Peniaga juga dinasihatkan supaya sentiasa menjalankan urus niaga secara beretika,” katanya.

Sementara itu, menerusi komen netizen di laman sosial, Sinar Harian mendapati kes seperti itu bukan kali pertama berlaku di pasar raya berkenaan kerana ada netizen mendakwa pernah mengalami pengalaman sama sebelum ini.


0 comments:

share2