Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 15, 2016

[KUANTAN] SPR DENGAR HUJAH PENDUDUK


SPR dengar hujah penduduk


Sesi pendengaran Prosiding Siasatan Tempatan Kali Pertama berhubung syor Kajian Semula Persempadanan Negeri Pahang berlangsung dua hari, bermula semalam.

Pihak yang menyerahkan borang bantahan persempadanan memperdengarkan hujah masing-masing diwakili tiga individu di hadapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdahulu menerusi notis kajian persempadanan yang dipamerkan di pejabat SPR Pahang di Wisma Persekutuan pada 15 September lepas menunjukkan dua Dun di Pahang bakal diubah nama dan kawasan.

Dun Kuala Sentul yang terletak di bawah Parlimen Maran bakal ‘lenyap’ manakala Dun Kuala Semantan yang kini di bawah Parlimen Temerloh disyor menjadi Dun Paya Pulai.

Bagaimanapun tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan Dun di negeri ini dengan jumlah pengundi diwartakan sehingga 13 Mei lalu seramai 740,023 orang.

Dun Kuala Sentul diwakili Pengerusi jawatankuasa Bertindak Bantahan Syor persempadanan Semula SPR 2016, Datuk Nazri Othman bersama Datuk Mukarram Shah dan Kelsom Abdullah.

Menurut Nazri, sesi prosiding itu julung kali diadakan bagi memperdengarkan hujah dan pandangan dari pihak terlibat.

Katanya, seramai 20 wakil penduduk hadir dengan tiga daripada mereka berhujah berhubung persempadanan tersebut.


0 comments:

share2