Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 15, 2016

[JERANTUT] PENGGUNA LEGA JALAN DIBAIKI


Pengguna lega jalan dibaiki


Pengguna Jalan Jerantut-Benta berasa gembira dan berterima kasih atas tindakan segera pihak berkenaan membaiki jalan berlubang di Jalan Kenong, selepas keluhan penduduk Kampung Damak, Ulu Cheka dan kawasan sekitarnya disiarkan dalam akhbar ini pada 8 November lalu.

Pengguna, Mohd Hafiz Zulkifli, 24, berkata, jalan itu telah dibaiki sepenuhnya dan lubang sedalam kira-kira dua meter sudah tidak kelihatan.

"Sekarang kami tak perlu bimbang untuk melalui jalan itu. Terima kasih kepada pihak atasan kerana prihatin dengan masalah terbabit dan mengambil tindakan pantas untuk membaikinya," katanya.

Lubang yang terbentuk kira-kira sepauh jalan dari Damak menghala Bandar Jerantut itu wujud sejak kira-kira dua bulan lalu dan selain mengharap ia dibaiki, penduduk turut berharap agar jalan berkenaan dilebarkan dan diluruskan demi keselamatan pengguna.


0 comments:

share2