Alor Gajah - Seorang lelaki yang berada dalam keadaan terduduk dan disangka pengsan di belakang sebuah rumah penduduk di Kampung Paya Datuk Ayer Paabas di sini rupa-rupanya sudah tidak bernyawa.
Lebih malang lelaki berusian 42 tahun itu didakwa baru sahaja menceroboh masuk sebuah rumah yang tidak berpenghuni sebelum dipercayai diserang asma dan meninggal dunia, di tempat kejadian pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar 9 pagi itu, polis dimaklumkan oleh orang awam seorang lelaki berbaju hitam tidak sedarkan diri di belakang sebuah rumah pusaka penduduk.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Wan, berkata, ketika kejadian penghuni rumah terbabit pergi ke pasar minggu sebelum menyedari kehadiran lelaki terbabit.
"Difahamkan lelaki yang dipercayai mahu mencuri itu diserang asma berdasarkan alat sedutan 'ventolin' yang berada berhampiranya.
"Mereka terus menghubungi polis sebelum pasukan forensik Ambulans dan paramedik tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian bagi melakukan pemeriksaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut," katanya.
0 comments:
Post a Comment