Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 21, 2016

[KUANTAN] KONVENSYEN UMNO PAHANG 2016


img_2062


“UMNO Pahang: Kearah PRU14” menjadi tema konvensyen yang telah diadakan pada Sabtu 19 November 2016 yang lalu. Seramai 2500 perwakilan dari seluruh UMNO Bahagian-bahagian di Pahang telah hadir bagi mengikuti konvensyen yang berlangsung tersebut.

Konvensyen telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang YAB Dato Seri DiRaja Haji Adnan Yaakob pada sebelah pagi bagi menjelaskan tujuan dan objektif konvensyen diadakan.

Seramai 17 orang Pembahas telah mengambil bahagian didalam perbahasan mewakili Wanita, Pemuda, Puteri dan 14 Bahagian-bahagian UMNO Seluruh Pahang. Pembahas telah memberi penghujahan yang bernas tanpa takut dan segan serta mendapat pujian dari Pengerusi Perhubungan Negeri ketika penggulungan konvensyen pada sebelah petang.


Pengerusi Perhubungan dalam ucapan alu-aluannya telah membangkitkan kesedaran para perwakilan akan kenyataan bahawa PRU14 yang semakin hampir dan menyeru semua perwakilan untuk memberikan persediaan yang sebaik mungkin bagi memastikan kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional di negeri Pahang.

Pembahas juga telah memberikan saranan dan cadangan serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pengekalan sokongan rakyat kepada kerajaan negeri yang sedia ada. Hujah yang mendasari pelbagai isu dan topik berkaitan politik, ekonomi, sosial dan agama membina satu resolusi yang akan dierahkan kepada YAB Presiden parti.

Konvensyen berlangsung dalam suasana ukhwah dan terpimpin membolehkan luahan rasa dan cetusan idea baru yang matang dalam menangani keperluan dan kemelut politik masa kini.

Majlis penutup konvensyen telah dihadiri dan dirasmikan oleh YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO Malaysia setelah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YAB Dato Seri DiRaja Haji Adnan Yaakob selesai menggulung perbahasan.

Kesetiaan para perwakilan berada dari seawal pagi hingga ke majlis perasmian penutup menyatakan dan membuktikan komitmen yang tinggi setiap ahli.


Dalam ucapan perasmian penutupan oleh YB Naib Presiden, beliau mengucapkan tahniah kepada UMNO Negeri Pahang kerana berjaya mengadakan konvensyen pada kali ini dan menyatakan juga keyakinan kepada gandingan pimpinan UMNO negeri Pahang.

Beliau juga menyatakan harapan beliau agar UMNO negeri Pahang akan terus mengekalkan kecemerlangan dan terus tersohor sebagai penerus perjuangan UMNO. Cabaran dan dugaan politik semasa harus dihadapi dan konvensyen ini seharusnya menjadi platform dan landasan untuk menghadapi ambang baru lanskap politik masa kini.


0 comments:

share2