Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 22, 2016

BOCOR! APLIKASI MOBIL PALING COOL UNTUK PELAJAR SEKOLAH


Bocor! Aplikasi Mobil Paling Cool Untuk Pelajar Sekolah


Berita hangat buat pelajar-pelajar sekolah! Satu aplikasi mobil yang bakal muncul pada awal tahun hadapan, dipercayai mampu membuatkan mereka tidak tidur malam kerana menggunakannya.

Apa yang menarik, aplikasi ini tidak menawarkan permainan maya (online games)‘biasa-biasa’ tetapi dapat membantu proses pembelajaran pelajar dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5 dengan cara lebih menarik dan interaktif.

Aplikasi dengan ciri-ciri ‘cool’ yang masih dirahsiakan namanya ini memfokuskan kepada games yang dapat membantu pelajar membuat latihan, nota dan bertanya kepada rakan pelajar lain tentang pelajaran.

Jom lihat ciri awal aplikasi ini untuk lebih memudahkan ianya difahami:



Menarik bukan?

Seperti ciri online games lain, pelajar pada mulanya akan diberikan tiga hayat (Life)yang akan hilang setiap kali mereka melakukan kesalahan. Bagi Battle Mode pula, pelajar berpeluang melakukan pertarungan secara real time dengan rakan yang lain.

Aplikasi ini turut menyediakan fungsi perancangan ulangkaji tepat secara mingguan untuk meningkatkan skor secara menyeluruh.

Berdasarkan ujian penerimaan pengguna yang dijalankan kepada beberapa kelompok pelajar, hasil diterima amat menggalakkan malah aplikasi ini dipercayai mampu mengubah lanskap penggunaan teknologi mobil dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Pada pendapat kami, ini adalah satu berita gembira buat para ibu bapa yang kadangkala menghadapi dilema melihat anak-anak di zaman ini yang gemar menekuni telefon pintar untuk bermain online games yang boleh membawa kepada ketagihan dan membuatkan pelajar lalai melakukan ulangkaji pelajaran.

Maka para pelajar sekelian, bergembiralah kerana jika sebelum ini ibu bapa menjerit kepada anda agar melepaskan telefon pintar dan berhenti bermain games, kini secara rela hati pula mereka mungkin akan menyuruh anda bermain games seberapa lama yang anda mahukan!


0 comments:

share2