Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 29, 2016

[MARAN] BUAT PERSEDIAAN MUSIM TENGKUJUH


Buat persediaan musim tengkujuh‎


Wanita dan ibu disaran membuat persediaan awal dalam berhadapan situasi dan sebarang kemungkinan di musim tengkujuh.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin, berkata, memasuki bulan November negara berhadapan musim tengkujuh dan beberapa kawasan kebiasaan berlaku banjir.

Justeru menurutnya, selaku individu yang menjadi tulang belakang dalam institusi keluarga wanita perlu berfikir dan bertindak lebih awal seperti membuat persediaan makanan dan keperluan secukupnya.

"Kita sudah memasuki fasa hujung tahun dan musim tengkujuh jadi wanita dan kaum ibu bersedialah lebih awal supaya tidak menghadapi kesukaran nanti. Kita harap dan doa supaya kejadian banjir besar tidak berulang namun tidak boleh menolak sebarang kemungkinan yang akan berlaku," katanya ketika ditemui di Maran Hills Golf Club di sini, semalam.

Terdahulu Shahaniza melakukan ziarah ke rumah kembar tiga di Bandar Pusat Jengka di mana salah seorang kembar berusia tujuh bulan tersebut menghidapi penyakit kerosakan hempedu.

Bayi tersebut Qaseh Amanda Muhamad Adli dilahirkan Mac lalu bersama dua lagi kembar Qaseh Amani dan Muhamad Amar di Hospital Temerloh.

"Selain kerosakan hempedu, Amanda juga menghidapi kegagalan fungsi hati yabg dikesan selepas dilahirkan. Saya difahamkan ereka memerlukan dana RM160,000 untuk menjalani pembedahan tetapi buat masa ini ibu bapa mereka, Muhamad Adli Sulaiman dan Siti Noraini Ainol Khak berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan ubat anak mereka.

"Kerajaan Negeri Pahang telah menghulurkan sumbangan RM5,000 dan diharap orang ramai turut sudi menghulurkan bantuan kepada Amanda. Sekiranya mereka sudah sahkan mahu jalani pembedahan nanti, InsyaAllah kerajaan negeri akan lakukan yang terbaik bagi memyokong keperluan Amanda," katanya.


0 comments:

share2