Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 29, 2016

BEBAS BERSUARA BUKAN TIKET DEDAH RAHSIA NEGARA


Dewan Rakyat


Kuala Lumpur - Kebebasan bersuara bekas menteri di dalam Dewan Rakyat bukan menjadi tiket untuk mereka mendedahkan rahsia kerajaan.

Penganalisis perundangan, Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, ini kerana mereka perlu memelihara Prinsip Kebertanggungjawaban Menteri walaupun sudah tidak memegang jawatan dalam Kabinet.

“Sama ada maklumat itu diperoleh ketika atau selepas menjadi menteri dan timbalan menteri, mereka perlu menjaga kerahsiaannya,” katanya.

Menurutnya, speaker dewan boleh menggunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

“Speaker perlu membuktikan sama ada ia melanggar kerahsiaan atau tidak,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, perkara 63 (4) Perlembagaan Persekutuan berkaitan keistimewaan Parlimen, ahli parlimen boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 jika membuat ucapan yang cenderung menghasut.

“Imuniti ahli Parlimen tidak terpakai apabila menyentuh kesalahan di bawah akta itu.

“Jadi tindakan pendakwaan boleh diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya.


0 comments:

share2