Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 30, 2016

[KUANTAN] LAPOR POLIS KERANA HINA INSTITUSI DIRAJA PAHANG


Lapor polis kerana hina institusi diraja Pahang


Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Pahang membuat laporan polis berhubung tindakan kurang sopan seorang individu yang memberi komen negatif di laman Facebook dengan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Wakil NGO itu, Tengku Shah Rizal Tengku Jamaluddin, 36, berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan kerana penghinaan melalui media sosial boleh menjejaskan keharmonian sebuah negara serta kemuliaan institusi diraja.

“Kami mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik akaun Facebook yang memuat naik status tersebut.

“Laporan polis dibuat supaya tidak ada individu yang berani menghina institusi diraja itu sendiri sedangkan Sultan adalah lambang kedaulatan sesebuah negeri atau negara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, hari ini.

Laporan polis itu telah dibuatnya bersama beberapa ahli NGO itu di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kuantan di sini, petang tadi.

Pada 24 Oktober lalu, Tengku Shah Rizal dimaklumkan oleh rakannya berhubung satu komen di laman Facebook milik Hogoh Pahang Hogoh yang telah membuat beberapa komen yang menghina Sultan Pahang dan kerabat di negeri.

Ujarnya, melihat komen seumpama itu membuatkan beliau membuat satu laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil.


0 comments:

share2