Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 18, 2016

[KUANTAN] TEBING SUNGAI TERHAKIS


Tebing sungai terhakis


Jabatan pengairan dan Saliran (JPS) Pahang mengesahkan berlaku hakisan di Sungai Pandan menyebabkan pengaliran air keluar dan limpahannya terus ke Sungai Kuantan, pagi kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Ir Shaharuddin Ibrahim berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi menentukan tindakan sewajarnya.

“Kejadian pagi kelmarin terlebih dahulu dimaklumkan oleh Pengurusan Air Pahang.

“Hasil siasatan kami mendapati hakisan itu melibatkan kawasan dianggarkan seluas kira-kira 50 kaki lebar dan 120 kaki panjang.

“Akibat kejadian itu, aliran air dari hulu berpecah dua iaitu memasuki Barage Gate di Sungai Kobat dan satu lagi mengalir memasuki alur yang pecah ,” katanya semalam.

Menurutnya, kejadian tersebut dilaporkan sepenuhnya kepada ibu pejabat JPS Pahang dan sedang menanti laporan penuh daripada bahagian daerah untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami akan ambil tindakan segera bagi mengelak keadaan bertambah rumit, kesan daripada pecahan tebing di Sungai Pandan itu.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan lama kerana boleh jejas sumber air mentah,” katanya.


0 comments:

share2